Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Tuesday, September 23, 2008

MALAYSIA TEWAS 2-4 KEPADA VIETNAM

KUALA LUMPUR - Pasukan bawah 19 tahun negara, Harimau Muda tewas 2-4 kepada pasukan tuan rumah Vietnam dalam perlawanan pertama kejohanan bola sepak Piala Antarabangsa Thanh Nien di Stadium Tu Do di Wilayah Hue, semalam.
Pasukan bawah 21 Vietnam itu mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Duc Thien tetapi Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Ahmad Fakri Saarani dua minit kemudian. LAGI..
__________________
Utusan Malaysia bubuh headlinenya, HARIMAU MUDA TEWAS 2-4 KEPADA VIETNAM. Kenapa mesti kita menyorok dibawah Harimau Muda. Muda sangatkah Harimau kita tu? Bukankah ada beberapa 'wounded and limping tiger? Tiger OKU?.
FAM ken berubah dan kena buat perubahan itu cepat. No time man. Peminat dah lari dan seetiap minggu tengok Walcot, tengok Robinho, tengok Gerrard, Torres, Lampard, Deco... stadium kian hari kian di'muzium'kan.
Lagi satu, jersi kita, baik 'Hero'mau tua ataupun 'Hero'mau muda, macam tak ngam je dengan Jalur Gemilang. Tak payah jadi harimaula. Ambil spirit je, belangnye tak payah. Elok tukarkan appearance dan jersi Malaysia dan pileh dari kombinasi Jalur Gemilang. Baru ada persamaan.
Kevin Keegan available.. tak teringin ke?

Sunday, September 7, 2008

Kapten Perlis nafi tidak dapat gaji

KETUA pasukan Liga Super Perlis, Mohd Fauzie Nan menafikan dakwaan rakan sepasukan bahawa pemain skuad Singa Utara musim lalu tidak menerima bayaran gaji sehingga tiga bulan. Sebaliknya, bekas ketua pasukan Kedah itu berkata, bayaran gaji pemain skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim hanya tertunggak antara satu dan satu setengah bulan iaitu sebahagian Julai dan Ogos lalu. "Bagi saya dakwaan yang menyatakan pemain Liga Super tidak menerima bayaran gaji selama tiga bulan itu adalah tidak tepat kerana yang belum diterima ialah bagi Ogos dan sebahagian Julai.

"Apa yang saya boleh katakan ialah pengurusan sedang berusaha untuk menyelesaikan bayaran gaji semua pemain. Cuma ada kalanya sedikit terlewat tetapi tidaklah sampai tiga bulan," katanya ketika menghubungi Harian Sukan di Kangar, semalam. Mohd Fauzie berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan mendakwa pemain Liga Super, Liga Simpanan dan Kelab Sukan Komuniti (KSK) Tambun Tulang, Perlis tidak menerima bayaran gaji selama tiga bulan.
________________

Dejavu. Kisah yang peminat bola sepak dengar hampir saban tahun adalah berkenaan dengan kegagalan pihak pengurusan membayar gaji mereka. Pemain bola sepak telah dikategorikan sebagai professional tapi pihak pengurusan..? Every year akan memberi alasan yang sama. What's wrong with Malaysian soccer? Duit tak masuk sebab penonton/peminat shy away from the stadium. Standard bola sepak begitu terok, attitude players begitu merungsingkan. Peminat lebih follow English Premier League di ASTRO. I think semua orang tahu masalah ini including FAM. Tapi... no action?, no plan ? Ada tapi tah efektif kot!