HARI malang menimpa skuad negara apabila lima daripada tujuh beregu kecundang pada pertentangan pusingan kedua badminton Masters China, semalam. Turut tersenarai dalam himpunan kecewa itu ialah dua beregu utama - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif - yang masing-masing tunduk mengalah kepada lawan kurang ternama. Kien Keat-Boon Heong, pilihan ketiga, tumbang kepada gandingan muda tuan rumah, Sun Junjie-Xy Chen 23-25, 19-21 - kekalahan yang menghampirkan mereka kemungkinan dipisahkan jurulatih, Rexy Mainaky. Fairuzizuan-Zakry pula tenggelam punca ketika menentang beregu keempat Indonesia, Hendra Aprida Gunawan-Joko Riyadi untuk kalah 21-12, 19-21, 8-21 dalam tempoh 37 minit.
LAGI..
_________________________
It's getting more serious than I thought. BAM should take the hint and not to wait any longer than it should to remedy the situation. They must tstudy why after the Beijing debacle, the players' performance is getting from bad to worst. Tazary and Zakry performance has nosedived ever since they wre left out of the Beijing entourage!. We hope that it has nothing to do with coup d'etat or anything like that. As I previously mentioned the key element to sporting excellent is discipline, discipline and discipline. if you are a movive maniac, a kung fu movie one, look how the kung fu master trains their students. It is no longer 'practice makes perfect' but "PERFECT PRACTICE MAKES PERFECT'.
Showing posts with label badminton. Show all posts
Showing posts with label badminton. Show all posts
Friday, September 26, 2008
Wednesday, September 24, 2008
'Hak koc tentukan corak latihan'
TIDAK sukar untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat pilihan apabila tiba di persimpangan - sama ada menyokong Rexy Mainaky ataupun menyebelahi Koo Kien Keat? “Jurulatih mempunyai kuasa terhadap pemain. Dia berhak menentukan corak latihan dan bentuk bimbingan yang mahu disampaikannya. Malah, tiada apa yang tidak boleh disentuhnya apabila membabitkan pemain.
“Hal peribadi pemain memang tidak boleh dicampuri. Tetapi jika hal peribadi itu mula mengganggu prestasi pemain, jurulatih ada kuasa untuk campur tangan,” tegas Pengurus Besar BAM, Kenny Goh. Penegasan itu terjelma selepas Rexy secara terbuka mengakui hampir putus harap dalam usahanya membimbing Kien Keat - bersama pasangannya, Tan Boon Heong - kembali ke landasan prestasi gemilang. Rexy mendakwa tidak tahu apa perlu dilakukannya kerana apabila cuba menasihati Kien Keat, pemain itu melarang dia mencampuri hal peribadi tetapi apabila berdiam diri, dia pula dipersoalkan.
__________________________
Berita yang kurang enak didengar bagi peminat badminton tanah air. Namun apa yang ditegaskan oleh Kenny tidak perlu dipertikaikan lagi. Pemain harus sedar tugas dan tanggungjawab masing-masing. Disiplin adalah kata kunci kejayaan. Dan itu termasuklah menurut dan mengikuti tunjuk ajar dan kata jurulatih.

Tuesday, September 23, 2008
Alasan.. alasan!

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menolak bahawa motivasinya sudah menurun selepas tamat Sukan Olimpik, bulan lalu, sebaliknya memberitahu dirinya keletihan ketika tewas kepada pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dalam saingan akhir Terbuka Jepun, kelmarin.
Selepas kalah mudah 17-21, 11-21 dan gagal mempertahankan kejuaraan, pemenang pingat perak Olimpik itu mengakui, beliau tidak mampu memberi permainan terbaik kerana amat letih. .. LAGI
Selepas kalah mudah 17-21, 11-21 dan gagal mempertahankan kejuaraan, pemenang pingat perak Olimpik itu mengakui, beliau tidak mampu memberi permainan terbaik kerana amat letih. .. LAGI
______________________
Kalau tak silap saya, selepas balik dari Olimpik, Datuk berlatih kuat (terlalu kuat) menyiapkan diri untuk ke Tokyo. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan menggambarkan kalau Lin Dan yang ditemuanya di Tokyo nanti, akan dibelasah cukup-cukup, bak kata tak dan Lin Dan nak warm up. Great and true champion bukan jenis yang macam ini. Bila kalah claim dia letih lah. Demam lah (demam celebrate Datukship?). Apa Koncoro tak letih kah? Apa Koncoro terus dapat bye ke final ke? Dah dapat Datuk ni, tournement kena ikut protokol ke? Chong Wei kena jujur dengan diri sendiri. Ada reason lain kot? Tak berani nak cakap. Datuk Misbun, apa ni!. Anak (Datuk) buah you keletihan lah. Awat teruk-teruk sangat training. Dulu lain lah, la sulah Latuk aa, mana ada standard mahu training lama-lama.. Kena banyak habiskan masa di coffee house maa! My advice.. grow up Chong Wei.. bangun maa!! Haki sudah siang!
Sunday, September 21, 2008
Tahniah

Diucapkan tahniah kepada pasangan bergu perempuan negara - Chin Eei Hui-Wong Pei Tty cemerlang - kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Jepun apabila berjaya menumpaskan pasangan Indonesia Vita Marissa-Liliyana Natsir di separuh akhir.
Eei Hui dan Pei Tty selaku pilihan keempat menang 21-11, 18-21, 21-18 dan akan bertemu pasangan China, Cheng Shu-Zhao Yunlei di final. Diharapkan ia menjasdi satu petanda baik dan dorongan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan ini untuk mengikis rasa 'inferiority complex' yang saya rasa wujud dalam pemain badminton negara. Kita doakan agar mereka akan berjaya mengekang pemain China dan seterusnya memenangi kejohanan.

Turut serta kepertandingan akhir adalah pemain utama negara, Lee Chong Wei yang menang mudah menumpaskan lawannya dari Denmark, Joachim Persson 21-6, 21-4 dalam separuh akhir.
Chong Wei selaku pilihan utama kejohanan hanya beraksi selama 20 minit untuk menumbangkan lawannya yang juga pemain pilihan keenam.
Lawan Chong Wei pada perlawanan akhir hari ini ialah pemain pilihan kedua, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia yang menyingkirkan pemain tuan rumah, Kenichi Tago 21-15, 21-16.

Subscribe to:
Posts (Atom)