Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, April 22, 2009

Sunday, April 19, 2009

Sunday, April 12, 2009

Friday, February 13, 2009

Siapa derhaka! Mu, aku atau ....?

Di Ipoh

Di Kuala Terengganu

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan Menjunjung Setia “Daulat Tuanku!” secara besar-besaran di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur 19 Februari ini.
-------------

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Jika hendak dikatakan dosa kepada raja-raja Melayu, para pimpinan Umnolah yang 'berdosa besar' kerana membiarkan para pengikut mereka menaikkan kain rentang yang menyifatkan Sultan Terengganu sebagai binatang semasa kekecohan perlantikan MB negeri itu baru-baru ini.
"Mengapa pemimpin Umno yang mendakwa membela raja dan ketuanan Melayu bertindak lebih biadap dari Karpal yang mungkin tidak tahu adat resam dan sensitiviti orang Melayu itu?" tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam tulisan keduanya di blog beliau usahmadawang.blogspot.com. LAGI
-----------------
Apabila Dr Mahathir Mohamad mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1981, antara tindakan awal beliau ialah melucutkan kuasa raja dalam meluluskan undang dalam masa 30 hari. Krisis perlembagaan yang berlaku pada 1984 ini telah menyebabkan raja-raja tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa. Mungkin Dr Mahathir ada sebab untuk memudahkan pentadbiran beliau kerana semenjak 1960-an lagi Dr Mahathir tidak mahu orang Melayu menjadi ‘Red Indian’ yang berlindung di sebalik hak-hak istimewa.
Kemuncak krisis dengan raja-raja ini tercetus pada 1992 apabila berlaku krisis di Istana Johor ekoran tindakan putera Johor, Tunku Majid menampar seorang jurulatih hoki. Dr Mahathir mengambil kesempatan ini untuk melucutkan imuniti raja-raja. Sejak itu, raja-raja boleh didakwa di mahkamah jika melakukan jenayah. Dalam satu aspek, tindakan ini mungkin baik, tetapi dalam sudut yang lain ia telah menghilangkan ketuanan Raja-Raja Melayu. Semua rakyat tidak suka rajanya zalim dan raja yang adil itulah yang disembah. Tetapi perbuata melucutkan imuniti raja-raja telah menjadikan raja-raja kehilangan ketuanan.
[...]
Dahulu pemimpin UMNO membela raja-raja kerana ingin mempertahankan periuk nasi mereka yang dicampakkan pasir oleh British. Kini pemimpin UMNO cuba mempergunakan isu kedaulatan Raja-Raja Melayu setelah periuk nasi mereka ditelingkupkan oleh rakyat sendiri!!
Harakah — 16-31 Mei, 2008 ..
LAGI

------------
From The Scribe.......
The immunity of the Malay Rulers and the royalty in the performance of their official/state duties has never been taken away. They continue to enjoy that immunity.What was taken away during the second amendment in the early 1990s was their immunity from prosecution in the conducts of their private affairs or non-state matters like cheating their business partners and beating up people.That amendment came about when a Malaysian Indian hockey coach was beaten up by a member of the Johor royal household for excluding a prince from taking part in a junior hockey match.I remember that event very well because the New Straits Times took up the issue. Our correspondent in Johor Baru was harassed and threatened, forcing us to bring him back to Kuala Lumpur temporarily. .. LAGI
------------------
KUALA LUMPUR, 12 Dec 2008: Parti Keadilan Rakyat (PKR) is defending the Malay rulers’ rights as part of efforts to balance the power currently concentrated in the executive, its vice-president R Sivarasa said.
He said two areas in the Federal Constitution ought to be reformed to reflect a “true” constitutional monarchy. These involve the 1993 amendment that took away immunity from criminal and civil prosecution for the nine sultans, and another amendment the same year that removed the Yang Di-Pertuan Agong’s check-and-balance role on bills passed by Parliament.
This explains why PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail called for royal immunity to be returned to the rulers in her speech at the party’s annual congress on 29 Nov. Lest this statement be misunderstood, Sivarasa said it must be explained in the context of the principles of a constitutional monarchy.
It does not mean absolute or total immunity from prosecution, he noted, but that any case to be brought against the king must first involve his removal as the head of state so that he is not tried in his capacity as the Agong. ... LAGI
-----------------
Orang Melayu sudah 'confuse!". Pening pening!.Tapi kalau tak pening, manakan ada 'pening'katan!!! Relaks Yeop, dogheyan doh berbunge ke!?

Thursday, February 5, 2009

Ambek 5 Yeop!!


Kat Ipoh la ni, walaupun sedang gamat yang amat sangat, serupe berpesta lah jugak. silap hari bulan, ada yang ambil kesempatan berniaga!! Deghoyan doh berbunge, Steady lah Yeop !!

Tahniah!

Dari Utusan Malaysia dilaporkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.
Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.
Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta.

-----------------------
Phew!! Macam-macam hal di Ipoh ni. Teman lama doh tak balek Batu Gajah dan dah lama tak ke Ipoh. Rindu pulak Nasi ganja dan Len Chee Kang di People's Park. Anyway, teman harap, Perak khususnya Ipoh akan dilimpahi dengan projek pembangunan. Ialah, kadang-kadang balek jengok Batu Gajah, kesian teman tengok (tempat Sultan Azlan Shah diputerakan). Tapi, almaklumlah, kawasan pembangkang!! Tahniah Doc. Tu lah rezeki namanya. Dah Allah nak kurniakan rahmat dan hidayahnya, tak siapa pun yang boleh halang. Tak payah nak derhaka derhaka.
Apa agaknya reaksi ipar teman di Kg. Manjoi. Relaks Yeop relaks!!

Tuesday, February 3, 2009

Take 5: Relaks Yeop!


Suasana politik di Perak sedang gamat sekarang. Tak pe Yeop, buat bertenang. Relaks dan enjoy!! Tak payah nak mengejor (takkan lari gunong di kejor Yeop, rezeki itu ketentuan Tuhan!).

Sunday, February 1, 2009

Wednesday, December 24, 2008

Take 5: It's Kira-OK time!

Kalau kita amati lirik lagu 'Malaysia Berjaya', telah lama diwar-warkan konsep Satu Bangsa Satu Negara. Apakah perlu kita revive dan seringkali menyanyikan lagu ini?. Haruskah kita memaksa dan membiasakan anak-anak dan para pelajar, baik di sekolah mahupun di Universiti, menyanyikannya?. Perlukah kita mewajibkannya seperti lagu Negaraku disetiap perhimpunan awam atau majlis sambutan? Mengapa tidak!!

Sunday, November 2, 2008

Take 5

Zaid Ibrahim Letak Jawatan Senator, kritik ketuanan melayu

KUALA LUMPUR, 1 NOVEMBER - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dilaporkan media perdana hari ini telah meletakan jawatan sebagai senator Dewan Negara baru-baru ini.
Beliau sebelum ini telah meletakan jawatan sebagai Menteri di JPM yang berpotfolio undang-undang pada pertengahan September lalu.
Menurut laporan media lagi, surat perletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Perdana Menteri dan perletakan jawatan beliau dikatakan angkah yang tepat berikutan beliau tidak lagi menjadi anggota kerajaan Barisan Nasional (BN).
Semalam, ketika berucap di Persidangan LawAsia kali ke-21, Zaid yang dikenali sebagai seorang yang lantang telah menyuarakan bahawa model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.
.. LAGI BERITA

Abdul Khalid Jelaskan Pelantikan Pemangku Pengurus Besar PKNS

SHAH ALAM, 27 Oktober - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah bersifat sementara sehingga calon yang sesuai dilantik.
Low, yang sudah berkhidmat selama 35 tahun di PKNS dengan jawatan terakhirnya Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun dilanjutkan tarikh persaraannya setahun lagi.Pengurus Besar terdahulu, Dato' Harun Salim bersara hujung Oktober ini.Dato' Menteri Besar berkata pada masa sama Lembaga Pengarah PKNS berusaha mendapatkan pengurus besar yang berkaliber, berwibawa, beretika dan berkebolehan untuk membawa perbadanan itu ke era baru.
... LAGI BERITA

AMK Sokong perlantikan Loh

KENYATAAN AKHBAR
Perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS adalah bersifat sementara dan seharusnya diterima dengan hati terbuka.
AMK Selangor berpendapat perlantikan Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS hanya bersifat sementara mendapatkan pengganti jawatan itu yang dikosongkan atas persaraan Dato’ Harun Salim. Kemungkinan jika pengganti yang sesuai akan diperolehi, maka Puan Low akan memegang jawatan Timbalan Pengurus Besar Akaun dan Korporat semula. .. LAGI BERITA

Sunday, October 19, 2008

Sunday, October 12, 2008

Pakatan pilih cara aman tukar kerajaan

KOTA BHARU, 10 Okt (Hrkh) - Rakyat tidak seharusnya gusar biar pun tarikh pertukaran kerajaan yang diuar-uarkan 16 September lalu belum menjadi kenyataan, kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. ... LAGI

Saturday, October 11, 2008

Friday, October 10, 2008

Take 5

Tan Sri Muhammad bertanding

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Muhammad Muhd Taib secara rasmi petang Khamis menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dalam sidang media yang dihadiri lebih 150 orang pimpinan UMNO Selangor di Shah Alam, Muhammad berkata, beliau menawarkan dirinya berdasarkan rekod kesetiaan dan perkhidmatannya kepada parti selama ini. Beliau juga memberitahu mendapat sokongan semua UMNO Bahagian negeri Selangor untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. ... LAGI

Najib akan bertanding

KUALA TERENGGANU 9 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

.... ‘‘Sesungguhnya tugas sebagai pemimpin adalah satu amanah dan tanggungjawab yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Insya-Allah saya akan melaksanakannya dengan cara yang terbaik. Semoga Allah memberi pertolongan dan memberkati kita semua,” katanya. ... LAGI