Saturday, November 22, 2008

Take 5

Nasihat PM: Lawan pi!

PUTRAJAYA 21 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merestui jawatan Ketua Wanita UMNO dipertandingkan dan yakin persaingan antara penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz dan naib ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak mengakibatkan perpecahan sayap kanan parti itu.
Perdana Menteri berkata, ini kerana Rafidah dan Shahrizat merupakan dua pemimpin Wanita yang berpengalaman dan ‘masak’ dengan kerenah pergerakan itu.
“Kalau kedua-duanya nak bertanding, maka kita berilah hak kepada ahli-ahli (perwakilan) untuk tentukan siapa yang hendak dipilih.

LAGI BERITA ..
________________________________
Saya expect a different king of nasihat. Give n take kind of thing you know. lain macam punya nasihat.. Ini kira BMW ... Best Maam Wins! Anyway, all the best, you asked for it.

Rafidah tetap nak lawan!!

Kenyataan akhbar Rafidah

MEMANDANGKAN bahawa Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat telah membuat kenyataan akhbar untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, maka saya dengan ini:
1) Akan mempertahankan jawatan ketua yang saya sandang sekarang, dan insya-Allah akan bertanding untuk jawatan tersebut untuk tempoh 2009-2011.
2) Saya menghargai dan menghormati pencalonan yang telah saya terima daripada 117 bahagian itu.
3) Saya memulangkan kepada para perwakilan yang mewakili akar umbi untuk menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk tempoh 2009-2011 itu.
Saya kecewa kerana pelan peralihan telah dipertikaikan dan ditolak, lebih tiga bulan selepas saya mengumumkannya pada 4 Ogos 2008.
Semenjak tarikh itu, tiada sesiapa dalam Exco atau di luar yang telah mempertikaikannya.
Bahkan Datuk Seri Shahrizat sendiri, sama ada antara empat mata, dalam Exco dan dalam sidang media telah berkali-kali menegaskan:
a) Beliau tidak akan bertanding jawatan Ketua walaupun dicalonkan.
b) Beliau patuh kepada pelan peralihan.
c) Beliau patuh kepada nasihat pemimpin-pemimpin besar parti.
d) Bahkan beliau telah menyatakan bahawa “kata akan dikotakan” dan my word is my honour. (Semuanya telah disiar dalam media).
Saya tidak ada sebab untuk menyangka bahawa akan berlaku pelbagai pergolakan selepas proses pencalonan selesai.
Jika dalam mana-mana perbincangan ada mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelan peralihan maka sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, wajar dibangkitkan dan dibantah.
Jika mereka berbuat demikian sebelum proses pencalonan, maka pasti Exco akan membatalkan sahaja pelan itu.
Dan saya tidak ragu-ragu akan membiarkan bahagian-bahagian mencalonkan sesiapa juga yang mereka mahukan untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua.
Tetapi, ‘bantahan’ ditimbulkan selepas mereka telah mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, maka baru membantah dengan berbagai alasan yang sebenarnya tidak berasas.
Ada pula pihak-pihak yang mahukan pelan peralihan dipercepatkan dari Jun ke Mac 2009. Ini tidak logik.
Jika dibuat pada bulan Mac, ia bererti:
a) Tidak ada lagi pelan peralihan yang pada asasnya melibatkan satu jangka masa antara Perhimpunan Agung dengan tarikh penyerahan jawatan.
Semua mengetahui bahawa pada asalnya, jangka masa itu ialah antara Januari hingga Jun 2009 kerana Perhimpunan Agung itu dijadualkan pada Disember 2008. Ia telah dianjak kepada Mac tetapi pelan peralihan tidak terjejas.
b) Jika dipercepat kepada Mac, ia juga bererti bahawa saya dipaksa menyerahkan jawatan ketua secara bulat-bulat dengan Shahrizat menang tanpa bertanding.
Ini menidakkan hak dan kemahuan 117 bahagian yang telah mencalonkan saya untuk memegang jawatan hingga Jun 2009.
Sekarang kerana pelan peralihan telah diingkari dan jawatan Ketua akan ditandingi, maka saya akan mempertahankan jawatan yang saya sandang sekarang ini.
Saya ingin menyarankan supaya pertandingan semua jawatan dalam Pergerakan Wanita UMNO hendaklah dijalankan dengan tertib, beradab, ikhlas dan jangan sekali-kali menjejaskan sesiapa atau menjejaskan parti.
Jangan sekali-kali mengada-adakan atau menabur fitnah dan berbohong atau membawa pecah belah. Allah S.W.T menentukan segala-galanya. Tidak ada yang lebih besar daripada kuasa Allah S.W.T.

Terima kasih.

Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar.21 November 2008.

Thursday, November 20, 2008

Take 5 Nu!

Shahrizat Lawan Rafidah

Sah, Datuk Seri Sharizat akan mencabar Tan Sri Rafidah bagi jawatan tertinggi Wanita UMNO. Beliau telah mengumumkan hari ini akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada perhimpunan Agung UMNO bulan Mac depan. Lenyap satu penantian dan akan bermula episod yang baru. Muga ini adalah satu titik permulaan yang baru bagi Wanita UMNO.

Malaysiakini reports

Confirmed: Shahrizat to go for top postNov 20, 08 4:37pmWanita Umno deputy chief Datuk Shahrizat Abdul Jalil today announced that she will contest for the wing's top post next year.Sharizat, who was appointed as a special adviser to the prime minister after the March 8 elections, made the announcement via a two-paragraph statement this afternoon."Wanita Umno must be united in strengthening the party as well as be bold in bringing about changes and renewal," she said.

Wednesday, November 19, 2008

Saturday, November 15, 2008

Take 5

Exco Wanita UMNO bidas Kamilia

KUANTAN 14 Nov. - Exco Wanita UMMO hari ini menyelar sikap Datuk Kamilia Ibrahim (gambar) yang tetap mahu bertanding merebut jawatan Naib Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.
Mereka menyifatkan tindakan Kamilia yang juga Exco pergerakan itu sebagai merosakkan pelan peralihan jawatan Wanita UMNO seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Maznah Mazlan berkata, Kamilia adalah faktor penyebab pelan peralihan itu kucar-kacir.
Katanya, Kamilia hanya menyatakan pendiriannya menolak pelan peralihan itu selepas memperoleh undi mencukupi untuk bertanding jawatan tersebut sedangkan sebelum ini beliau mempunyai banyak masa dan ruang berbuat demikian. ... LAGI..

______________________________
Alahai.... benda macam ni pun boleh jadi complicated! Dunia.. dunia.

Sunday, November 2, 2008

Tottenham 2 Liverpool 1


ROMAN PAVLYUCHENKO'S stoppage-time winner kept Liverpool from the top of the table and took Tottenham off the bottom.
Harry Redknapp's side matched their 4-4 comeback draw at Arsenal with another staggering revival.

Dirk Kuyt's third-minute opener had helped spark what seemed a dominant Liverpool display.
But Jamie Carragher nodded an own goal equaliser on 70 minutes.
And Spurs substitute Pavlyuchenko flicked home to leave Chelsea at the Premier League summit.
Redknapp said: "To beat a fantastic side like Liverpool is tremendous. .. MORE

______________________

Tiba-tiba seronok balik jadi Spurs fan. Minta-minta Redknapp boleh bawak Spurs out of the relegation zone .. and of course stay in the Premier League. Personally, I thing Redknapp must handle Gomez properly .. that guy is the weakest link .. I think.

Take 5

Zaid Ibrahim Letak Jawatan Senator, kritik ketuanan melayu

KUALA LUMPUR, 1 NOVEMBER - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dilaporkan media perdana hari ini telah meletakan jawatan sebagai senator Dewan Negara baru-baru ini.
Beliau sebelum ini telah meletakan jawatan sebagai Menteri di JPM yang berpotfolio undang-undang pada pertengahan September lalu.
Menurut laporan media lagi, surat perletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Perdana Menteri dan perletakan jawatan beliau dikatakan angkah yang tepat berikutan beliau tidak lagi menjadi anggota kerajaan Barisan Nasional (BN).
Semalam, ketika berucap di Persidangan LawAsia kali ke-21, Zaid yang dikenali sebagai seorang yang lantang telah menyuarakan bahawa model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.
.. LAGI BERITA

Abdul Khalid Jelaskan Pelantikan Pemangku Pengurus Besar PKNS

SHAH ALAM, 27 Oktober - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah bersifat sementara sehingga calon yang sesuai dilantik.
Low, yang sudah berkhidmat selama 35 tahun di PKNS dengan jawatan terakhirnya Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun dilanjutkan tarikh persaraannya setahun lagi.Pengurus Besar terdahulu, Dato' Harun Salim bersara hujung Oktober ini.Dato' Menteri Besar berkata pada masa sama Lembaga Pengarah PKNS berusaha mendapatkan pengurus besar yang berkaliber, berwibawa, beretika dan berkebolehan untuk membawa perbadanan itu ke era baru.
... LAGI BERITA

AMK Sokong perlantikan Loh

KENYATAAN AKHBAR
Perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS adalah bersifat sementara dan seharusnya diterima dengan hati terbuka.
AMK Selangor berpendapat perlantikan Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS hanya bersifat sementara mendapatkan pengganti jawatan itu yang dikosongkan atas persaraan Dato’ Harun Salim. Kemungkinan jika pengganti yang sesuai akan diperolehi, maka Puan Low akan memegang jawatan Timbalan Pengurus Besar Akaun dan Korporat semula. .. LAGI BERITA

Saturday, November 1, 2008

Take 5

A Lost Democracy?

Speech by Datuk Zaid Ibrahim at LAWASIA 2008 31 October 2008 @ 9.00am Kuala Lumpur Convention Centre Malaysia

1. Let me start by inviting you back into history. Imagine that it is the morning of the 31st of August 1957. At midnight, an independent nation calling itself the Federation of Malaya is to be unveiled.
Conceived as a cutting edge model of multiracial and multi-religious co-existence and cooperation, it is poised to stand out as an example of what can be achieved through diplomacy and a respect for the spirit of democracy.
It is of great historical significance that the transition from colony to independent nation, so often achieved only at the great price that turmoil and unrest exacts, has been achieved peacefully.
Though this is a process that may have been made more difficult without the skill and fortitude with which negotiations to that end have been carried out, they do not define it.
That honour goes to the aspirations of all those who call Malaya home. The quest for self-determination has not been one that recognised race. It has been, simply put, a Malayan one. ... MORE from The STAR