Monday, December 29, 2008

Sian Noghori den!

Setelah kemangkatan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, sekarang ini di Negeri Sembilan, sibuk yang amat sangat mengenai pemilihan pengganti Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan. Dua calon yang diwarwarkan bersaing hebat sebagai pengganti adalah Tunku Naquiyuddin dan Tunku Mukhriz. Dengar berita, Tunku Mukhriz mendahului dan adalah yang difikirkan paling layak dan bakal dilantek sebagai Yang diPertuan. Atas dasar apa?, wallahuallam!. Namun apa yang ketara, despite gah dan hebatnya reputasi Kerabat diRaja Negeri Sembilan dalam dunia korporat dan perniagaan, tiada apa yang dapat dirasai dan dikecapi oleh rakyat Negeri Semilan. Bandar Soghomban, Pokan Pilah, Tampin, Podiksen dan Ghombau, maseh ditakuk lama! Tak payah ceghitolah tentang Kualo Kelawang, atau Seri Menanti dan Tanjung Ipoh. Boleh nangih dibuek eh! Sodih yang amat sangat!! Macam itu juga bontok eh! ..... memendam rasa dan menunggu masa untuk dibangunkan..., alahai sian eh!!! Apo agak eh yang dipikirkan oleh mereka apabila melalui Bandar Soghomban dan 'lenggang lenggok' Bukit Putuih on the way ke Seri Menanti. Time for change! I guess. Dengar berita, mesyuarat Luak Undang Empat untuk menentukan pengganti sudah selesai. Kemasyhuran akan dibuat besok sebelum kebumi, lepas asar. Mintak-mintaklah Undang yang berEmpat membuat pilihan yang tepat dan betul. Hanya pada Allah kita berserah.

SALAM MA'AL HIJRAH

Diucapkan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya para Muslimin dan Muslimat, selamat menyambut Ma'al Hijrah 1430. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih semangat dan kekuatan untuk memperbaiki diri kita. Insya'allah.

Al-FATIHAH

Ucapan takziah kepada keluarga diRaja dan rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus atas kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada pukul 11.45 pagi, Sabtu 27 Disember 2008. Al-Fatehah 7

Thursday, December 25, 2008

Wednesday, December 24, 2008

Selamat Menyambut Hari Natal

Kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Kristian, diucapkan Selamat Menyambut Hari Natal! May next year be a better year for us all, for Malaysians.., for Malaysia!

Take 5: It's Kira-OK time!

Kalau kita amati lirik lagu 'Malaysia Berjaya', telah lama diwar-warkan konsep Satu Bangsa Satu Negara. Apakah perlu kita revive dan seringkali menyanyikan lagu ini?. Haruskah kita memaksa dan membiasakan anak-anak dan para pelajar, baik di sekolah mahupun di Universiti, menyanyikannya?. Perlukah kita mewajibkannya seperti lagu Negaraku disetiap perhimpunan awam atau majlis sambutan? Mengapa tidak!!