KUANTAN 14 Nov. - Exco Wanita UMMO hari ini menyelar sikap Datuk Kamilia Ibrahim (gambar) yang tetap mahu bertanding merebut jawatan Naib Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.
Mereka menyifatkan tindakan Kamilia yang juga Exco pergerakan itu sebagai merosakkan pelan peralihan jawatan Wanita UMNO seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Maznah Mazlan berkata, Kamilia adalah faktor penyebab pelan peralihan itu kucar-kacir.
Katanya, Kamilia hanya menyatakan pendiriannya menolak pelan peralihan itu selepas memperoleh undi mencukupi untuk bertanding jawatan tersebut sedangkan sebelum ini beliau mempunyai banyak masa dan ruang berbuat demikian. ... LAGI..
______________________________
Alahai.... benda macam ni pun boleh jadi complicated! Dunia.. dunia.
No comments:
Post a Comment