Monday, December 29, 2008
Sian Noghori den!
Setelah kemangkatan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, sekarang ini di Negeri Sembilan, sibuk yang amat sangat mengenai pemilihan pengganti Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan. Dua calon yang diwarwarkan bersaing hebat sebagai pengganti adalah Tunku Naquiyuddin dan Tunku Mukhriz. Dengar berita, Tunku Mukhriz mendahului dan adalah yang difikirkan paling layak dan bakal dilantek sebagai Yang diPertuan. Atas dasar apa?, wallahuallam!. Namun apa yang ketara, despite gah dan hebatnya reputasi Kerabat diRaja Negeri Sembilan dalam dunia korporat dan perniagaan, tiada apa yang dapat dirasai dan dikecapi oleh rakyat Negeri Semilan. Bandar Soghomban, Pokan Pilah, Tampin, Podiksen dan Ghombau, maseh ditakuk lama! Tak payah ceghitolah tentang Kualo Kelawang, atau Seri Menanti dan Tanjung Ipoh. Boleh nangih dibuek eh! Sodih yang amat sangat!! Macam itu juga bontok eh! ..... memendam rasa dan menunggu masa untuk dibangunkan..., alahai sian eh!!! Apo agak eh yang dipikirkan oleh mereka apabila melalui Bandar Soghomban dan 'lenggang lenggok' Bukit Putuih on the way ke Seri Menanti. Time for change! I guess. Dengar berita, mesyuarat Luak Undang Empat untuk menentukan pengganti sudah selesai. Kemasyhuran akan dibuat besok sebelum kebumi, lepas asar. Mintak-mintaklah Undang yang berEmpat membuat pilihan yang tepat dan betul. Hanya pada Allah kita berserah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment