Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, September 30, 2008

Terawih dalam keretapi


WALAUPUN sesekali bergegar dan berayun anggota badan apabila kereta api bergerak, namun ahli jemaah solat Isyak dan terawih yang terdiri daripada kakitangan KTMB, media dan penumpang Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Kelantan, tetap meneruskan ibadah mereka.
Aktiviti solat berjemaah di dalam kereta api ini adalah sebahagian daripada program Pelancongan Ibadah anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bermula 17 hingga 20 September lalu.
"KTMB mahu menggalakkan pelancongan sambil beribadah dan membuang tanggapan bahawa tidak boleh melancong semasa bulan puasa," kata Pengurus Besar KTMB, Sarbini Tijan.
Program yang juga bertujuan untuk memperkenalkan keistimewaan suasana Ramadan di setiap negeri di Malaysia, menjadikan Kelantan sebagai destinasi pertama dengan tema, Uniknya Ramadan di Kelantan. ..LAGI
______________________
Alhamdulillah. saya salut KTMB. Bersama kita sebar dan peloporkan 'the beauty of Islam!

Sunday, September 28, 2008

Rezeki Ramadhan Al-Mubarak


Penduduk Kampung Penambang di Kota Bharu, membanjiri perkarangan rumah pengusaha songket terkenal di Kelantan, Nik Zainab Nik Mohamed yang menyampaikan zakat kepada penduduk di situ hari ini. Dilaporkan keadaan di rumahnya itu mulai sesak apabila diserbu kira-kira 2,000 penduduk kampung sejak jam 7 pagi tadi. Amalan memberi zakat kepada fakir miskin telah menjadi tradisi keluarganya sejak 30 tahun lalu setiap kali tibanya 27 Ramadan. - .. Bernama
________________
Syukur Alhamdulillah, syukur keatas nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakanNya. Keluarga Nik Zainab yang menjadi 'pilihan' Allah, tidak lupa akan tanggung jawab yang perlu mereka lakukan. Bahkan diberitakan bahawa ianya telah dilakukan sejak 30 tahun yang lalu.. dah menjadi tradisi!
Cuma saya risau akan dua perkara. Pertama bila tengok mak cik-mak cik, nenek-nenek berhimpit tunggu habuan sedekah ni, teringat peristiwa di Indonesia yang telah mengorbankan nyawa akibat dari berasak-asak dan tolak-menolak. Puan Nik sekeluarga atau pihak berkuasa tempatan ke, kena 'organise' cara yang selamat dan terkini untuk disalurkan sedekah. The occassion is an open secret anyway. Satu perkara lagi,.. dengan liputan akhbar dan publisi menyeluruh, takut dah jatuh riak.. lari pulak nawaitu. Walau bagaimanapun, syukur Alhamdulillah! Semoga perniagaan kain songket Mek Nab makin gah dan maju.