Sunday, January 11, 2009

Alahai PBB

Dari Berita Harian dilaporkan...

PBB dakwa Tel Aviv langgar peraturanGENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu Israel disiasat atas tuduhan jenayah perang berhubung pengeboman sebuah rumah yang sesak dengan orang awam Palestin yang berlindung daripada bedilan tentera rejim Zionis berkenaan. Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Kemanusiaan, Navi Pillay, berkata pengeboman itu mempunyai unsur jenayah perang.
Kenyataan berkenaan menyusuli dakwaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bahawa Tel Aviv melanggar peraturan perang apabila gagal membantu mereka yang cedera dalam insiden yang sama. Insiden terbabit berlaku Isnin lalu di Zeitoun, Bandaraya Gaza di mana tentera Israel yang memasuki daerah berkenaan mengetuk pintu rumah puak Samouni dan mengarahkan mereka keluar dan memasuki sebuah bangunan lain. LAGI

________________

Saya merasa marah dan kecewa apabila membaca berita seperti ini. Helpless dan hopeless PBB, kesemuanya angkara siapa?? Anyway, Chinese New Year is coming.. and Bush akan clock-out take lama lagi. Good luck Obama!

No comments: