Sunday, January 11, 2009

GAZA masih di bom

Utusan Malaysia melaporkan...

Zionis terus membedil Gaza dengan ‘azam’ untuk memastikan tiada lagi serangan roket oleh Hamas ke atas wilayah Israel. Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang.
Tentera Washington buka tender sewa kapal dagang untuk hantar 3,000 tan peluru ke Israel.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kecewa dengan kedegilan Israel dalam melaksanakan gencatan senjata.
Perdana Menteri Israel Ehud Olmert maklumkan negara Yahudi itu ‘tidak pernah setuju dengan campur tangan luar’ merujuk kepada Majlis Keselamatan.
LAGI
_______________________

Gaza terus bermandi darah
Pesawat udara, kereta kebal dan kapal tentera Israel membedil Genting Gaza buat hari ke-15 hari ini sementara askarnya terlibat dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hamas di wilayah Palestin ini.
Rejim Yahudi itu terus tidak mempedulikan usaha antarabangsa untuk menghentikan keganasan yang telah membunuh lebih 800 rakyat Palestin.
Walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata dilaksanakan segera dan usaha perantaraan giat dijalankan oleh Mesir dan Eropah, Israel nampaknya bertekad untuk meneruskan serangan.
Hamas bagaimanapun masih berupaya melancarkan roket ke selatan Israel hari ini dan dalam tempoh 24 jam lalu telah melancarkan kira-kira 35 roket ke wilayah Israel.
"Israel berazam untuk meneruskan kempen ini sehingga membawa kepada kesudahan yang positif, supaya tidak ada lagi serangan terhadap Israel dari Gaza," kata anggota Kabinet keselamatan Israel, Rafi Eitan.
LAGI

______________________

Semasa solat Jumaat, ada dimaklumkan bahawa kutipan derma itu akan diserahkan kepada untuk membantu rakyat Palestin di Gaza. Tanggapan saya ia adalah untuk membeli ubat-ubatan bagi membantu rakyat Palestine. Dengan angka kematian meningkat dan hampir mencecah 1000 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan orang awam, bagi saya apa yang diperlukan adalah lebih dari itu. Izrael dengan sewenang-wenangnya bertebangan di angkas Gaza dengan menjatuhakn bom berangkainya, apa yang boleh di buat oleh rakyat Palestin di Gaza. Mereka perlu 'strike back' tapi dengan melancarkan roket dari Gaza? You must be kidding! Kes ni macam team bola Barcelona lawan team estet dari Labu, N Sembilan.
Semoga Allah memberikan kekuatan bagi rakyat Palestin untuk tabah dan bertahan dalam menghadapi konflik ini. Meanwhile, keep on 'Starbuck-ing' dan McD-ing Malaysians!

No comments: