Thursday, February 5, 2009

Tahniah!

Dari Utusan Malaysia dilaporkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.
Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.
Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta.

-----------------------
Phew!! Macam-macam hal di Ipoh ni. Teman lama doh tak balek Batu Gajah dan dah lama tak ke Ipoh. Rindu pulak Nasi ganja dan Len Chee Kang di People's Park. Anyway, teman harap, Perak khususnya Ipoh akan dilimpahi dengan projek pembangunan. Ialah, kadang-kadang balek jengok Batu Gajah, kesian teman tengok (tempat Sultan Azlan Shah diputerakan). Tapi, almaklumlah, kawasan pembangkang!! Tahniah Doc. Tu lah rezeki namanya. Dah Allah nak kurniakan rahmat dan hidayahnya, tak siapa pun yang boleh halang. Tak payah nak derhaka derhaka.
Apa agaknya reaksi ipar teman di Kg. Manjoi. Relaks Yeop relaks!!

No comments: