PUTRAJAYA: Pertukaran portfolio Kewangan dan Pertahanan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini boleh dikaitkan dengan jelapang dan senapang. "Ada orang Umno tanya saya kenapa Pak Lah bagi jelapang, ambil senapang," kata Abdullah secara berseloroh. Jelapang yang dimaksudkan merujuk kepada Kementerian Kewangan yang diibaratkan sebagai "jelapang duit" manakala senapang merujuk kepada Kementerian Pertahanan.
Beliau berkata demikian di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 dan majlis penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan serta meraikan Menteri Kewangan yang baru di Kementerian Kewangan, di sini. Terdahulu Najib ketika berucap di majlis itu berkata: "Perbezaan antara jadi Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan ialah apabila menjadi Menteri Pertahanan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal 'plane crash' tapi jadi Menteri Kewangan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal 'market crash'. Najib berkata demikian secara berseloroh apabila menceritakan jawapan beliau ketika ditanya oleh orang ramai sebelum ini mengenai perbezaan antara menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan.
"Apabila orang tanya saya lagi, mana yang lebih teruk? Plane crash atau market crash? Saya kata market crash lebih teruk sebab orang masih hidup," katanya. Abdullah mengakhiri ucapannya dengan berpantun: "Bunga Selasih tak akan layu. Terima kasih. Thank you." Di majlis itu, Abdullah turut menyerahkan nota tugas sebagai Menteri Kewangan kepada Najib. - Bernama
______________________
Hehehe! Nice one Dato' Seri.. enjoyed the joke!
No comments:
Post a Comment