Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan akan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun depan. Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini. Beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak selepas perhimpunan agung Umno pada Mac nanti. ..LAGI
____________________
Berita Berkaitan
Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dan seterusnya berundur sebagai Perdana Menteri, Mac depan. Pada masa sama, mereka turut melahirkan rasa terharu dengan komitmen Perdana Menteri untuk terus melaksanakan beberapa inisiatif bagi memperbaiki daya saing negara, walaupun sudah mempunyai pelan peralihan kuasa. .. LAGI
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac depan sebagai baik untuk parti. Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, Abdullah perlu memberi ruang kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, untuk melaksanakan segala langkah perlu bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). "Saya amat bergembira untuk Umno, bukan untuk diri saya tapi Umno, untuk perjuangan Umno supaya ia dapat membina kekuatan kembali. ...LAGI
_____________________________
Now that PM has formally made the announcement, I guess we have to pray really hard that the country will move ahead and will be in a better state under the 'new' leaderships. InsyaAllah.! And to Pak Lah, terima kasih ....
No comments:
Post a Comment