Sunday, October 19, 2008

ALI RUSTAM NAFI TARIK DIRI

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak akan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, malah yakin beliau mampu memperolehi cukup pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding ke jawatan itu menjelang tamat pemilihan peringkat bahagian parti 9 November ini.
Katanya beliau merasakan perlu untuk membuat penjelasan itu berikutan tersebarnya desas-desus sejak beberapa hari lepas kononnya beliau mungkin akan menarik diri daripada bertanding ke jawatan itu.
"Ia tidak betul, saya harap ini dapat menjelaskan kepada semua anggota Umno dan bahagian-bahagian bahawa saya tidak akan tarik diri dan berharap bahagian-bahagian dapat berikan pencalonan bagi mencukupkan kuota 39 pencalonan untuk membolehkan saya bertanding," katanya. LAGI

No comments: