Dilaporkan bahawa Kerajaan akan menghapuskan unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, dengan secara beransur-ansur.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib semasa diwawancara melalui program Bloomberg Voices terbitan Bloomberg TV yang disiarkan secara rakaman disini hari ini dilaporkan berkata,
"Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.
"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti".
"Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian,"
Lagi berita
_______________
Bila baca berita ini, tiba-tiba saya teringatkan Tollcross, Edinburgh ... Teringatkan Andy, Jeff, Jamil, Fairuz and Kudik, Ustaz Kamaruzaman, Ustaz Dzul, Prof Mawi, Arwah Dr. Mohd Shah dan the rest of the gang .. kesemuanya produk DEB..
No comments:
Post a Comment