Saturday, October 18, 2008

Malaysia's Got Talent (7)

Tempe diubah jadi bar coklat

SERDANG - Pernahkah anda terfikir bahawa makanan tradisional masyarakat Jawa iaitu tempe mampu menjadi hidangan moden yang lazat seperti bar coklat?
Hasil ciptaan kreatif pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ini pasti menjanjikan sesuatu yang berbeza jika berjaya dipasarkan secara komersial.
Menurut Ketua kumpulan Nutri Nine Food Industries, Sew Chang Chew, 22, kumpulan yang menghasil Choc Tempt, ia merupakan ciptaan kreatif mereka yang mahukan produk asas tempatan dimodenkan dan mampu menyaingi produk antarabangsa.
"Kami melihat tempe mempunyai potensi yang sangat besar, oleh itu kumpulan kami yang mempunyai sembilan ahli mengambil keputusan untuk menjadikan tempe sebagai asas projek," katanya ketika ditemui.
Menurutnya, mereka mengambil masa satu semester untuk menghasilkan ciptaan mereka ini dari bahan mentah kepada produk siap dengan pembungkusan.

1 comment:

stitch said...

Nice Blog!
Visit my blog too!
Have a nice day!