Oleh Ikbal Salam
Baru-baru ini seorang sahabat warga Singapura bukan Melayu singgah bertemu penulis dalam perjalanan dari Singapura ke Pulau Pinang. Beliau memaklumkan hasratnya membawa keluarganya pergi ke sebuah rumah ibadat di Pulau Pinang kerana menurut pandangannya di sana “adalah lebih mulia darjatnya dan mempunyai ramai sami yang berkaliber.”
Kenyataan itu membuatkan penulis terfikir bahawa dalam sebuah negara yang didominasi oleh orang Melayu beragama Islam, kepercayaan agama lain terus diberikan cukup ruang untuk berkembang hinggakan penganut agama dari negara lain pun datang ke sini memandangkan kemuliaan rumah ibadat agama itu di Malaysia.
Kemuliaan itu tidak mungkin akan berlaku tanpa sifat toleransi yang tinggi orang Melayu. Dalam keadaan yang lain lihat sahaja kegemilangan Batu Caves pada setiap tahun, yang mana perhimpunan sebesar itu pun tidak dibuat oleh orang Melayu dalam negara ini. Bukanlah menjadi rahsia lagi bahawa negara kita seringkali juga menjadi tempat bagi para paderi atau sami berhimpun atas tujuan agama masing-masing.
Kenyataan khas Mesyuarat Majlis RajaRaja ke-215 di Kuala Terengganu seharusnya menjadi peringatan kepada setiap pemimpin politik yang memperjuangkan kaum-kaum dalam negara kita. Biar sejauh mana pun kemajuan yang dicapai oleh negara ini, prinsip asasnya yang perlu diinsafi ialah Malaysia adalah milik semua warganegaranya. .. LAGI
No comments:
Post a Comment