Badan Perhubungan Umno Perlis semalam mengalu-alukan keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti, Mac depan.
Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sekurang-kurangnya memenuhi hasrat Umno yang memerlukan pemimpin muda untuk memperkasakan parti. "Saya setuju sangat dan mengalu-alukan keputusan Ahmad Zahid. Kita perlu golongan pelapis muda dalam kepemimpinan Umno. Semoga dengan kehadiran mereka, ia dapat memperkasakan Umno," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jejawi dekat sini, semalam. ..LAGI
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, semalam menjadi pemimpin kedua menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac tahun depan. “Saya sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan Timbalan Presiden parti... saya menawarkan diri (bertanding jawatan itu),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam. Mohd Ali, 59, yang juga Ketua Menteri Melaka sebelum ini menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden yang dimenanginya kali pertama ketika pemilihan parti pada 2004. .. LAGI
No comments:
Post a Comment