Wednesday, September 24, 2008

3 halangan Anwar

Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu melepasi tiga halangan utama yang mustahil dilakukan jika masih berkira-kira mahu menguasai kerajaan yang diterajui 140 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Tiga halangan itu ialah kemampuan mengumpul 31 Ahli Parlimen BN yang kononnya akan beralih kepada PR, kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan ketiga, wujudnya suara pemimpin Pas yang mahu presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menduduki kerusi Perdana Menteri, jika PR berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

No comments: