Perseorangan lelaki Lee Chong Wei dan beregu wanita Chin Eei Hui-Wong Pei Tty, gagal menjuarai acara masing-masing apabila kecundang dalam perlawanan akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam. Chong Wei, yang mencari kejuaraan untuk memulihkan semangat selepas diaibkan pemain China Lin Dan pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing, bulan lalu, kelihatan dibelenggu bayangan kekalahan itu apabila menyerah mudah kepada pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 17-21, 11-21. Bergu wanita negara pula yang memburu gelaran antarabangsa pertama mereka, gagal memenuhi aspirasi mereka apabila tewas kepada gandingan muda China, Cheng Shu-Zhao Yunlei dalam pertarungan sengit tiga set 19-21, 21-5 dan 18-21.
______________________________
Diharap kekalahan sebegini adalah disebabkan salah strategi dan lawan Chong Wei - Koncoro begitu top form dan bukan disebabkan oleh faktor lain. Tetapi secara jujur jika kita teliti, permainan Chong Wei adalah stereo type dan mudah dibaca dan ditangkis oleh lawan. Misbun harus menvariasikan permainan Chong Wei. Saya sukmelihat permainan Chong Wei masa beliau mula bermain dulu. Beliau seolah-olah saorang konduktor muzik orkestra dan mevariasikan permainan beliau. sayangnya, Chong Wei memainkan lagu yang sama. Atau ada sesuatu yang dtidak kena?
Bergu wanita, bagi saya tidak akan ada perubahan selagi sikap dan semangat juang tidak ada. Bukan saja dari segi taktikan game, penonjolan mereka sendiri - cara berpakaian, imej dan body language - mereka awal-awal lagi sudah mengalah dan mengecewakan diri sendiri. Sorry girls..,
No comments:
Post a Comment