Tuesday, September 30, 2008

Nak jadi orang biasa!

PUTRAJAYA: “Saya nak jadi orang biasa... kena beratur bila ambil ubat, kena marah dengan pengawal. Dah lama saya tak jadi orang biasa,” kata Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid yang tamat kontrak perkhidmatan pada 2 Oktober ini, selepas bertugas selama 34 tahun. Ditanya mengapa beliau mahu menjadi ‘orang biasa’, Abdul Rahman berkata, beliau mahu merasai sendiri pengalaman menjalani kehidupan di negara ini. “Masa jadi bos, saya mendapat semua perkhidmatan yang diperlukan. “Tapi, sebagai orang biasa, semua itu nanti saya kena buat dan hadapi sendiri. Saya mahu merasai apa yang dah lama saya tak rasa,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
______________________
Selamat bersara dan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin, Datuk. Selamat menempuh alam realiti.

Psst... ASTRO kalau nak naik rating boleh ambil klu statement Datuk dan buat new TV show. Better than Akademi Fantasia beb! Progrem baru..., 'Realiti Kehidupan' dimana secara nyorok-nyorok, macam 'Bersaama mu' (TV3) dan kita jengok 'people like Datuk' (yang baru lepas jawatan) menjalani kehidupan 'biasa'... Kena beratur beli tiket bas, beratur nak bayar bil.., kena 'bangang' dek jaga atau kena 'torture' oleh 'buat donno'kaunter ladies dan macam-macam lagi. Tentu seronok nonton, kan ?!

No comments: