TIDAK sukar untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat pilihan apabila tiba di persimpangan - sama ada menyokong Rexy Mainaky ataupun menyebelahi Koo Kien Keat? “Jurulatih mempunyai kuasa terhadap pemain. Dia berhak menentukan corak latihan dan bentuk bimbingan yang mahu disampaikannya. Malah, tiada apa yang tidak boleh disentuhnya apabila membabitkan pemain.
“Hal peribadi pemain memang tidak boleh dicampuri. Tetapi jika hal peribadi itu mula mengganggu prestasi pemain, jurulatih ada kuasa untuk campur tangan,” tegas Pengurus Besar BAM, Kenny Goh. Penegasan itu terjelma selepas Rexy secara terbuka mengakui hampir putus harap dalam usahanya membimbing Kien Keat - bersama pasangannya, Tan Boon Heong - kembali ke landasan prestasi gemilang. Rexy mendakwa tidak tahu apa perlu dilakukannya kerana apabila cuba menasihati Kien Keat, pemain itu melarang dia mencampuri hal peribadi tetapi apabila berdiam diri, dia pula dipersoalkan.
__________________________
Berita yang kurang enak didengar bagi peminat badminton tanah air. Namun apa yang ditegaskan oleh Kenny tidak perlu dipertikaikan lagi. Pemain harus sedar tugas dan tanggungjawab masing-masing. Disiplin adalah kata kunci kejayaan. Dan itu termasuklah menurut dan mengikuti tunjuk ajar dan kata jurulatih.
No comments:
Post a Comment