DIA pernah dilabel gila, menggalakkan maksiat serta menjual produk lucah gara-gara menjual produk kesihatan seksual jenama Sensaoil, tiga tahun lalu. Lebih memberi cabaran, ada yang menyifatkan perbuatannya mendorong golongan muda melakukan zina, malah ada isteri berhasrat menyamannya kerana suami hendak berkahwin lain gara-gara 'penangan' Sensaoil.
Itu antara dugaan awal Marsyita Abd Wahab yang kini Pengarah Urusan Lovelorn Lure Industry Sdn Bhd ketika memasarkan produk pertamanya, Sensaoil pada 2006 dari satu tempat ke tempat lain. Bukan saja di pejabat, kedai atau restoran, malah setiap orang yang ditemui tidak kira siang dan malam, mulut wanita berusia 29 tahun itu pasti tidak lekang mempromosi Sensaoil.Berkat kesabaran dan semangat cekal, dalam tempoh tiga tahun, Marsyita kini boleh berbangga apabila produk yang dulunya dicemuh kini diibaratkan pisang goreng panas.
Sejak diperkenalkan hingga hari ini, produk keluaran syarikat itu, yang kini berjumlah 11 semuanya, mencatat hasil jualan hampir RM8.5 juta dengan jualan tertinggi pernah dicatat mencecah RM700,000 sebulan. Dalam tempoh itu Marsyita bukan hanya mampu memiliki bangunan empat tingkat di Bandar Mahkota Cheras serta menggaji lebih 20 kakitangan, malah impian memiliki kereta mewah jenis Mercedes Benz SLK Compressor bernilai RM400,000 juga berjaya dicapai. "Kereta ini memang idaman saya sejak kecil, malah dalam bilik saya penuh gambar di dinding. Sebelum ini saya ada kereta Kancil, tidak pernah terbayang memiliki kereta ini dan lucunya saya panggil Kancil ini SLK (Small Little Kancil) kerana beranggapan untuk memilikinya hanya angan-angan," katanya tertawa.Melihatkan usia dan jantina, pasti ada yang tidak percaya bagaimana Marsyita boleh menceburi 'dunia' lelaki apabila mengetengahkan produk seksual untuk golongan itu sebelum beralih kepada produk wanita. ..LAGI
Berkaitan: Terharu produk bantu elak cerai
...selain membantu untuk kebahagiaan rumah tangga, produk yang diusahakan itu menjana ekonomi orang ramai, terutama pengedar dan stokis. Sejak ditubuhkan pada 2005, Marsyita mempunyai lebih 200 pengedar dan 10 stokis di seluruh negara, malah mensasar untuk melahirkan tujuh jutawan menjelang akhir tahun ini.
No comments:
Post a Comment