Sunday, September 14, 2008

Keadaan Negara terjamin


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, mengambil kira keadaan semasa, pihak berkuasa tidak membuat penahanan lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Kita dah buat tangkapan dan setakat ini, tiada lagi tangkapan lain yang akan dibuat,” kata beliau pada sidang media di Bukit Aman petang ini.
Semalam, pihak polis telah menahan tiga individu iaitu pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin; wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok di bawah ISA. LAGI
_______________
Diharap kes penangkapan ini tidak akan disalah anggap bukan sahaja oleh rakyat tempatan bahkan oleh masyarakat dunia. Dalam kegairahan Malaysia untuk mengembang dan enggalakkan pelaburan langsung asing (FDI), kes sebegini perlu ditangani dengan baik dan sempurna untuk tidak memberikan gambaran yang negatif, yang boleh menjejaskan imej dan reputasi Negara.

No comments: