Tuesday, September 23, 2008

MALAYSIA TEWAS 2-4 KEPADA VIETNAM

KUALA LUMPUR - Pasukan bawah 19 tahun negara, Harimau Muda tewas 2-4 kepada pasukan tuan rumah Vietnam dalam perlawanan pertama kejohanan bola sepak Piala Antarabangsa Thanh Nien di Stadium Tu Do di Wilayah Hue, semalam.
Pasukan bawah 21 Vietnam itu mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Duc Thien tetapi Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Ahmad Fakri Saarani dua minit kemudian. LAGI..
__________________
Utusan Malaysia bubuh headlinenya, HARIMAU MUDA TEWAS 2-4 KEPADA VIETNAM. Kenapa mesti kita menyorok dibawah Harimau Muda. Muda sangatkah Harimau kita tu? Bukankah ada beberapa 'wounded and limping tiger? Tiger OKU?.
FAM ken berubah dan kena buat perubahan itu cepat. No time man. Peminat dah lari dan seetiap minggu tengok Walcot, tengok Robinho, tengok Gerrard, Torres, Lampard, Deco... stadium kian hari kian di'muzium'kan.
Lagi satu, jersi kita, baik 'Hero'mau tua ataupun 'Hero'mau muda, macam tak ngam je dengan Jalur Gemilang. Tak payah jadi harimaula. Ambil spirit je, belangnye tak payah. Elok tukarkan appearance dan jersi Malaysia dan pileh dari kombinasi Jalur Gemilang. Baru ada persamaan.
Kevin Keegan available.. tak teringin ke?

No comments: