BAGI kebanyakan pelajar universiti, bekerja sambilan mencari pendapatan sampingan menampung perbelanjaan adalah perkara biasa, namun anak muda kelahiran Merang, Terengganu, Zamri Khamis, 35, pengalaman itu cukup berbeza kerana memberi kesan besar dalam hidupnya. Ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada 1997, Zamri melihat satu peluang besar dalam sektor perkhidmatan penghantaran cepat atau 'courier' dan terus berusaha keras sehingga berjaya memiliki syarikat sendiri, Aero Line of Companies.
Semua bukan datang secara mudah kerana bekas 'mat despatch' ini terpaksa menempuh pelbagai pahit maung dan cabaran untuk berjaya. Bermula kerja sambilan sebagai penghantar surat dengan bayaran elaun RM5 sehari, seterusnya menjalani latihan amali di syarikat yang sama di Pulau Pinang, Zamri bertekad untuk bergerak lebih jauh kerana melihat potensi dalam sektor itu. .. LAGI
No comments:
Post a Comment