Monday, September 15, 2008

Kita Pikiaq la Sendiri!!

Bercakap tentang keputusan bersama, saya begitu tertarik dengan kenyataan daripada Dato Syed Hamid Albar mengenai komen Dato Zaid Ibrahim dan kenyataan daripada Tuan Guru Dato Nik Aziz kepada Dato Mustapha Ali. Kita renung dan fikirkan bersama.. siapa yang betul dan siapa yang tidak betul..

Kenyataan Nik Abdul Aziz Yang Di ‘Haramkan’

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA
1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS. LAGI..

Syed Hamid jawab Zaid

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin adalah keputusan kerajaan dan ia tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi peringatan itu sebagai reaksinya kepada kenyataan Zaid di Kota Bharu hari ini bahawa kerajaan tidak sewajarnya menggunakan ISA untuk menahan mereka sebaliknya perlu diadili mengikut sistem perundangan negara.
Menurut beliau, tindakannya meluluskan penahanan di bawah ISA itu adalah bagi pihak kerajaan yang memerintah, selaras dengan kedudukannya sebagai menteri Kabinet, bukannya ‘orang di luar kerajaan’. LAGI..
__________________________

You see, from what I gathered, once you are in a Committee, whatever decission yang dibuat dan dipersetujui is a collective one. Even Ustaz Nik Aziz pun had that kind of opinion. Kalau tak bersetuju, out you go. Susah sangat ke nak paham? Kecuali lah ada agenda tersembunyi., dan tak da prinsipal diri., baling batu sembunyi tangan.

No comments: