KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menolak bahawa motivasinya sudah menurun selepas tamat Sukan Olimpik, bulan lalu, sebaliknya memberitahu dirinya keletihan ketika tewas kepada pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dalam saingan akhir Terbuka Jepun, kelmarin.
Selepas kalah mudah 17-21, 11-21 dan gagal mempertahankan kejuaraan, pemenang pingat perak Olimpik itu mengakui, beliau tidak mampu memberi permainan terbaik kerana amat letih. .. LAGI
Selepas kalah mudah 17-21, 11-21 dan gagal mempertahankan kejuaraan, pemenang pingat perak Olimpik itu mengakui, beliau tidak mampu memberi permainan terbaik kerana amat letih. .. LAGI
______________________
Kalau tak silap saya, selepas balik dari Olimpik, Datuk berlatih kuat (terlalu kuat) menyiapkan diri untuk ke Tokyo. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan menggambarkan kalau Lin Dan yang ditemuanya di Tokyo nanti, akan dibelasah cukup-cukup, bak kata tak dan Lin Dan nak warm up. Great and true champion bukan jenis yang macam ini. Bila kalah claim dia letih lah. Demam lah (demam celebrate Datukship?). Apa Koncoro tak letih kah? Apa Koncoro terus dapat bye ke final ke? Dah dapat Datuk ni, tournement kena ikut protokol ke? Chong Wei kena jujur dengan diri sendiri. Ada reason lain kot? Tak berani nak cakap. Datuk Misbun, apa ni!. Anak (Datuk) buah you keletihan lah. Awat teruk-teruk sangat training. Dulu lain lah, la sulah Latuk aa, mana ada standard mahu training lama-lama.. Kena banyak habiskan masa di coffee house maa! My advice.. grow up Chong Wei.. bangun maa!! Haki sudah siang!
No comments:
Post a Comment