Wednesday, September 24, 2008

Raja Petra ditahan ISA

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Raja Kamaruddin ditahan selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping.Syed Hamid berkata semalam (23.9) beliau sendiri menandatangani perintah penahanan Raja Petra untuk tempoh dua tahun itu.
Raja Petra ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan serta ketenteraman awam pada 12 September lalu.

No comments: