Monday, September 29, 2008

Johan kompang seluruh Pahang


KESUNGGUHAN memajukan permainan kompang berjaya menobatkan SMK Kampung Sertik, Bentong, Pahang juara pertandingan kompang formasi sekolah menengah peringkat negeri selama tiga tahun berturut-turut bermula 2006.Pada peringkat daerah pula, mereka memang popular dan sering menerima jemputan mengadakan persembahan dimajlis rasmi kerajaan termasuk perkahwinan.Pengetua sekolah berkenaan, Zainab Harun, berkata kejayaan kumpulan kompang itu hasil kesungguhan dan semangat bersaing selain galakan guru.Pada masa sama, mereka aktif menyertai pelbagai pertandingan bagi menambah pengalaman baru.“Menerusi pengalaman ini, mereka belajar memantapkan kemahiran dan memperbaiki kelemahan. Ia juga platform pelajar bersaing dengan pasukan lain.“Usaha ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan terbukti menghasilkan kejayaan. Bukan mahu mendabik dada, tapi apabila muncul juara tiga tahun berturut-turut dalam pertandingan peringkat negeri, sudah tentu kemampuan kami boleh dinilai.“Bagaimanapun, pelajar sering dinasihatkan supaya tidak lupa diri kerana ia boleh ‘membunuh’ kejayaan hari ini,” katanya. .. LAGI

_________________________

Tahniah kepada adik-adik, anak-anak di atas kejayaan menjuarai pertandingan kompang Negeri Pahang. Bercakap pasal kompang akan mengingatkan saya pada sahabat lama, Dr. Tajuddin Alkasah (Tajud). Beliau memberitahu tentang jenaka mengenai irama dan muzik gendang yang berkait dengan pencapaian ekonomi orang India, Cina dan Melayu.
Ekonomi orang India adalah seiring dengan irama gendang India... ' kadangkadang untung, kadangkadang untung!' Cina pula mengikut rentak gendang... 'untung.!. untung.!. untung-untung-untunggg!. Orang Melayu dahulunya mengikut irama dan rentak dondang sayang .. ' tak-tak untung-tung tak untunggg! But according to Tajud, orang Melayu dah progressed, dah maju, no more dondang sayang tune, too slow., orang melayu sekarang ikut irama kompang...., 'tak-tak-tak-tak-tak-tak-tak-tak untung untung untung untung.,(2X) tak-tak-tak-tak untung untung.. (2X) ... BENGKRAPPP!!

(I dont think you read my blog Tajud, but I enjoyed every moment we were together with the gang in Minden. Hidup Jokers!)

No comments: