Sunday, September 21, 2008

Tahniah


Diucapkan tahniah kepada pasangan bergu perempuan negara - Chin Eei Hui-Wong Pei Tty cemerlang - kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Jepun apabila berjaya menumpaskan pasangan Indonesia Vita Marissa-Liliyana Natsir di separuh akhir.
Eei Hui dan Pei Tty selaku pilihan keempat menang 21-11, 18-21, 21-18 dan akan bertemu pasangan China, Cheng Shu-Zhao Yunlei di final. Diharapkan ia menjasdi satu petanda baik dan dorongan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan ini untuk mengikis rasa 'inferiority complex' yang saya rasa wujud dalam pemain badminton negara. Kita doakan agar mereka akan berjaya mengekang pemain China dan seterusnya memenangi kejohanan.

Turut serta kepertandingan akhir adalah pemain utama negara, Lee Chong Wei yang menang mudah menumpaskan lawannya dari Denmark, Joachim Persson 21-6, 21-4 dalam separuh akhir.
Chong Wei selaku pilihan utama kejohanan hanya beraksi selama 20 minit untuk menumbangkan lawannya yang juga pemain pilihan keenam.
Lawan Chong Wei pada perlawanan akhir hari ini ialah pemain pilihan kedua, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia yang menyingkirkan pemain tuan rumah, Kenichi Tago 21-15, 21-16.

No comments: