Tuesday, September 30, 2008

Mantai!


Pesta Mantai merupakan satu tradisi turun menurun, diwarisi masyarakat Melayu Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pepatih di negeri ini, di mana haiwan ternakan disembelih sempena kedatangan Ramadan dan Syawal.
Daging itu dijual dengan harga RM15 sekilogram berbanding harga pasaran RM18 hingga RM20 sekilogram.
Jualan daging itu dihadkan kepada lima kilogram setiap seorang dan dijual mengikut cara "siapa cepat dia dapat", sementara stok masih ada. Utusan Malaysia
________________________
Esei ghisau tengok oghang beghobut-ghobut ni. Iyo lah, bondo mughah kan. Bukan esei nak nafikan itulah peluang tobaik bagi dio oghang nak dan dapek jimat bebelanjo. Tak do komen pasal tu doh. Ni ha, organiser, tak soghek-soghek, tak baco ko? tak dapek klu ko? kek Indonesia dah ghamai tersungko pasal dek berasak-asak. Organised la sikit. Buek dan suroh oghang masuk 'barisan' (jangan salah sangko, ini bukan kempen yo! Ini bukan nak ampu member sei Tok Mat Hassan). Semalam esei ado yo kek Soghomban. Tapi tak koso den nak beghato-ghato! Lomeh den!! Tapi, sebagai oghang Nogoghi, tumpang banggo la pasal me'mantai' ni. Tapi.. tu lah, aspek komersial ni kito kughang banyak lah. Nak cadang buek bosa-bosaran kang, diejek dek 'Tukar Tiub!. Tapi di zaman globalisasi dan glokalisasi ni, kito kono buek cam tu lah nak pikat pelancong. Negoghi apo ado?! Balek-balek Ulu Bondo, Podiksen., Sri Monanti. Tak do bondo lain! Eh gilo dibuek eh. Tak koso den!!

No comments: