Monday, September 29, 2008

Kisah saorang jagoan

BEKAS Ketua Pengarah Sukan Kementerian Belia dan Sukan yang juga bekas penolong setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Sidique Ali Merican tidak lagi seperti ketika zaman kegemilangannya apabila berjaya mencatat 9.9 saat menerusi acara 100 ela (91.44m) pada 1949. Sebaliknya, Sidique 78, kini terlantar di rumahnya di Taman Aman, Petaling Jaya akibat penyakit angin ahmar yang dihidapinya sejak empat tahun lalu. Menurut isterinya, Fatimah Shariff, 69, suaminya pada awalnya mengidap sakit jantung dan angin ahmar ringan tetapi penyakitnya itu semakin lama bertambah serius.“Sebelum ini, dia mampu bergerak menggunakan kerusi roda dan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara, tetapi sejak dua bulan lalu dia tidak mampu lagi bergerak.
“Malah dia juga tidak boleh bercakap sejak tiga tahun lalu tetapi memahami apa yang diperkatakan,” katanya yang sentiasa mendoakan kesihatan suaminya semakin baik.
Menurutnya, suaminya ketika muda cukup dikenali sebagai jaguh pecut kebangsaan ketika Malaysia masih dikenali sebagai Malaya. . LAGI
____________________
Saya tak pasti samada beliau telah dikurniakan sebarang anugerah oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri. But what I do know is that he deserves one., and is overdue, dont you think so? Mungkin kerana beliau tidak dikenali dan tiada usaha untuk memaklumkan kepada orang awam tentang jaguh negara ini. Anyway, diharapkan keluarga beliau khususnya Puan Fatimah tabah dan sabar dalam mengharungi cobaan dari Allah swt ini.

No comments: