Monday, September 29, 2008

Makkah 2018

PEMBANGUNAN pesat kini melanda Makkah bertujuan memberi ruang lebih selesa kepada umat Islam yang datang dari seluruh dunia sama ada untuk mengerjakan haji mahupun umrah.
PEMBANGUNAN pesat kini melanda Makkah bertujuan memberi ruang lebih selesa kepada umat Islam yang datang dari seluruh dunia sama ada untuk mengerjakan haji mahupun umrah.Projek memperluas ruang sembahyang di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi di Madinah hingga kini menelan belanja lebih RM63 bilion. Bukan itu saja, enam pembinaan projek hartanah juga kini dilaksanakan di sekitar Masjidil Haram yang dianggar bernilai lebih RM46 bilion.
Apabila projek itu disempurnakan 10 tahun lagi, ia akan merubah wajah Makkah dan menyediakan lebih banyak kediaman, pengangkutan dan pusat kemudahan untuk jemaah dan penduduk.Kawasan ibadat Masjidil Haram juga dijangka mencecah lebih 300,000 meter persegi dan mampu menampung sekurang-kurangnya 700,000 jemaah pada satu masa.Projek memperluaskan kawasan ibadat Masjidil Haram diarah oleh Raja Abdullah.Demi melaksanakan projek itu, 1,000 hartanah di kawasan Al-Shamiya dimusnahkan dan kira-kira RM5.5 bilion diperuntukkan sebagai pampasan kepada pemilik hartanah yang diambil alih untuk digunakan sebagai kawasan ibadat baru Masjidil Haram.Proses menebus tanah itu bagaimanapun tidak lari daripada kontroversi apabila pemilik hartanah Al-Shamiya menolak pampasan RM13,000 hingga RM17,500 semeter persegi yang dianggap terlalu rendah. .. LAGI
_________________________
Apabila saya membaca artikel ini, saya ulangi dua tiga kali, kerana tidak percaya!. '..pemilik hartanah menolak pampasan kerana dianggap terlalu rendah! Satu projek yang begitu murni, kategori fi sabillah buat saya, tetapi dicengkam oleh perasaan tamak danrakus untuk membolot kekayaan. And this is hap'PENING' di Makkah al Mukarramah! Of all the place! MasyaAllah ..

No comments: